Sunday, 27 February 2011

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM? part 2

 

 

As Salam

1. Hari ini belek - belek akhbar dan saya tertarik dengan berita di bawah ni. Saya tak berminat untuk memberi komen dengan lebih lanjut kerana saya percaya semua rakyat sekarang sudah matang untuk menilai mana yang baik mahupun buruk.

Marilah kita sama - sama fikirkan.....

 

 

Hanya bina dua masjid dalam masa 20 tahun

KUALA KRAU 27 Feb. - Kerajaan Pas Kelantan hanya membina dua masjid sepanjang 20 tahun memerintah negeri itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Perdana Menteri, kebanyakan masjid yang ada di Kelantan ketika ini dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) meskipun BN tidak memerintah negeri itu.
Kerana itu, kata beliau, rakyat tidak seharusnya melihat hanya Pas memperjuangkan agama disebabkan oleh slogan parti tersebut yang berbaur Islam seperti 'Membangun Bersama Islam' dan 'Negeri Serambi Mekah'.
Katanya, umat Islam juga tidak boleh mengukur keIslaman hanya menerusi penampilan seperti berjanggut, berserban dan berjubah kerana Islam yang diperjuangkan oleh BN lebih kepada dasar dan pengisiannya.
"Tentu sekali BN terutama UMNO juga mahukan Islam tetapi perlu dilihat Islam yang bagaimana.
"Kita tidak mahu Islam yang dikaitkan dengan kemiskinan apatah lagi papa kedana dan lemah sehingga tiada kekuatan dari sudut keilmuan," katanya ketika berucap pada majlis bertemu dengan penduduk Kampung Batu Sawar di Sekolah Kebangsaan Batu Sawar, Kuala Krau di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan; dan calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad.
Najib menambah, oleh kerana kekuatan Islam di negara ini juga kerajaan BN dapat menguruskan dengan lancar penghantaran pulang pelajar-pelajar dari Mesir ketika berlakunya konflik politik di negara itu baru-baru ini.
Operasi menyelamat itu, kata beliau, tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan mudah sekiranya kerajaan BN lemah dan tiada hubungan yang baik dengan negara tersebut.
Najib sekali lagi mengingatkan bahawa dalam operasi menyelamat rakyat Malaysia itu, kerajaan tidak memilih bulu sama ada mereka ahli keluarga penyokong Pas atau BN sebaliknya dilakukan atas tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan terhadap rakyatnya.
"Asalkan mereka warganegara Malaysia, kita selamatkan dan membawa mereka pulang. Tidak dapat undi pun tidak mengapa, dapat pahala pun sudah cukup," kata beliau.

ANTARA DUA DARJAT 3

As Salam

1. Telah disampaikan kepada saya bahawa pendidik berkenaan telah meluahkan rasa ketidakpuashatinya melalui akaun ' facebook'nya. Maaf la, saya tak menjadi rakannya kot, sebab itu la saya tidak mengetahui tentang itu.

2. Bukankah itu boleh dinamakan cakap belakang. Saya ingat semuanya dah selesai. Rupanya ada perkara yang masih belum selesai bagi pendidik itu. Dosa yang tak diampunkan Allah tu salah satunya adalah dosa sesama manusia.Bagaimana tu ? Belajar tinggikan.?Boleh jawab?

3.  Tapi tidak mengapa, saya sudah pun maafkan pendidik itu,biarlah, sebab bukannya dia tidak faham, cuma dia buat - buat tak faham. Bukan saya yang mewujudkan peraturan itu, memang sudah lama ada malah sebelum saya bertugas lagi memang peraturan itu sudah wujud.

4. Jadi. mengapa melenting pula dengan saya?


WASALAM

GALERIA SRI PERDANA - TRIBUTE TO TUN DR MAHATHIR

As Salam

1. Semalam, saya telah melawat ke Galeria Sri Perdana, iaitu kediaman rasmi mantan perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad yang amat saya sanjungi. Sebenarnya dah lama saya berhajat nak ke tempat ni, cuma semalam baru dapat saya ke sana.

2. Galeria ini asalnya adalah kediaman rasmi beliau dan keluarga dari tahun 1983 sehinggalah beliau berpindah ke Putrajaya pada tahun 1999.

3. Galeria ini telah dirasmikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2003 sempena memperingati dan mengenang jasa Tun sebagai 'Bapa Pemodenan Malaysia' yang berkhidmat selama 22 tahun.

4. Ada banyak perkara yang menarik di sini,senang- senang datanglah berkunjung ke sini.
 
WASALAM

                                                                   
                                                          keadaan bilik mesyuarat




                                                    bilik pertukangan Tun Dr Mahathir




                                                     kenderaan rasmi perdana menteri










Thursday, 24 February 2011

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM?

Tuduhan Nik Aziz amat serius - Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 24 Feb. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, teguran yang dibuat oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap beliau merupakan satu tuduhan yang amat serius seolah-olah menidakkan keislamannya.

Bekas Perdana Menteri itu juga berpendapat tindakan Nik Abdul Aziz membandingkan teguran yang dibuatnya dengan teguran malaikat kepada Nabi Muhammad SAW adalah tidak boleh diterima.

"Beliau membandingkan dirinya dengan malaikat yang menegur nabi. Saya bukan nabi dan Nik Aziz bukan malaikat. Nik Aziz dan saya hanya manusia biasa dan ahli politik. Teguran ahli politik kerana kepentingan politiknya tidak sama dengan teguran malaikat.

"Lagipun teguran Nik Aziz menidakkan keislaman saya, satu teguran yang amat serius.

"Apakah ada orang Islam yang tidak melenting jika sesiapa mengkafirkannya? Apakah Nik Aziz tidak akan melenting jika saya kata dia sudah kafir? Belum saya kata itu pun Nik Aziz sudah melenting," katanya di dalam blog http://chedet.co.cc/.
Entri terbaru Dr. Mahathir itu bagi menjawab kenyataan Nik Abdul Aziz dalam Utusan Malaysia pada 18 Februari lalu yang meminta bukti bahawa beliau pernah mengkafirkan orang UMNO.

Bekas Perdana Menteri itu turut menjawab dakwaan Nik Abdul Aziz bahawa beliau menganggap agama Islam hanya berkaitan sembahyang, puasa, nikah kahwin dan tengok anak bulan semata-mata.

"Memang pun bagi saya semua ini adalah sebahagian daripada ajaran agama Islam. Apa dianya yang saya tolak berkenaan agama dengan menjadi seorang nasionalis? Ini tidak diterangkan.

"Tetapi sebelumnya dia mendakwa 'sokong Pas ertinya sokong Islam'. Kita jadi Islam setelah mengucap dua kalimah syahadah. Apakah Nik Aziz berpendapat hanya setelah mengucap 'sokong Pas' baru jadi Islam dan sebelum itu kafir? Ini juga bermakna Nik Aziz mengkafirkan saya," katanya.

Dr. Mahathir berkata, tindakan Nik Abdul Aziz dan Pas memperkenalkan Islam kepada DAP sebelum ini juga adalah bukti menunjukkan bahawa parti itu telah dipengaruhi oleh DAP.

"Lihat sahaja tindakan biadab terhadap Sultan dan Raja Muda Perak oleh ahli Pas, berguling-guling atas jalan menghalang kereta raja. Sebelum berbaik dengan DAP, ahli Pas lebih berpegang kepada budaya Melayu.

"Kerana mahu sokong DAP, ahli Pas mengetepikan kemelayuan mereka. Dan sekarang tuntutan untuk mendirikan negara Islam pun sudah tidak didengari lagi," katanya.

Beliau berkata, apabila Lee Kuan Yew menyarankan supaya orang Islam di Singapura melonggarkan pegangan agama mereka, Nik Abdul Aziz tidak menolaknya kerana menganggap cadangan itu tidak seburuk nasionalisme orang Islam dalam UMNO.
"Sekarang Nik Aziz mahu Melayu diutamakan kerana mereka masyarakat majoriti di negara ini. Bukan masalah orang Melayu yang menyebabkan beliau mengubah pendirian terhadap bangsanya tetapi kerana Melayu menjadi majoriti dan dia memerlukan undi orang Melayu, tidak lebih daripada itu.

"Jadi kenalilah Nik Aziz, orang yang utamakan hanya undi orang Melayu, bukan keprihatinan terhadap masalah hidup mereka," tegasnya lagi.

Wednesday, 23 February 2011

ANTARA 2 DARJAT 2

      As Salam. Saya suka untuk memberitahu sesuatu perkara mengenai posting saya beberapa hari yang lalu. Semalam saya sekali lagi telah didatangi oleh pedidik berkenaan. Erm, isunya tentulah mengenai perkara - perkara yang melibatkan tugas saya itu. Apa yang menarik, pendidik berkenaan telah 'berjaya' menghantar tuntutannya itu mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Jadi, di mana susahnya itu? Maaf saya beritahu, kalau pendidik itu lebih berbudi bahasa dan menghormati kerjaya dan tugas saya, sudah tentu saya dengan rela untuk mambantunya, tapi asakan daya, lagak dan sombongnya telah mempengaruhi tindak - tanduk pendidik itu.
           Apa yang lebih mengejutkan saya, pendidik itu berperwatakan amat berbeza dengan waktu kali pertama dia berurusan dengan saya kelmarin.PELIK! tapi itulah manusia.. Dia telah berjaya melemparkan senyumannya sambil mengajak saya untuk berbual - bual ringan.. Cuma saya lebih mengharapkan permohonan maaf darinya, sayangnya, saya tak mendapatkan perkara itu.
           Alangkah mahalnya harga kemaafan itu kan? Saya harap saya tak berhutang apa - apa dari pendidik itu sebab saya tak mahu menjawabnya di 'sana' kelak.


KEMAAFAN DENDAM YANG TERINDAH

Sunday, 20 February 2011

ANTARA 2 DARJAT

      Salam, hari ini saya menjalankan tugas seperti biasa dan biasanya saya menjalankan tugas juga seperti biasa. Sebolehnya saya mengelak untuk bercakap mengenai orang lain, tetapi keadaan telah mendesak untuk saya menceritakan akan perihal orang lain. Begini, saya telah telah didatangi oleh seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai 'pendidik'. Saya tak pernah kisah walau besar manapun pangkat seseorang tu, cuma saya akan lebih hormatkannya jika dia hormatkan saya.
       Ingin saya tegaskan di sini, saya tidak akan sesekali berkompromi untuk perkara - perkara yang berkaitan dengan bidang tugas saya. Jangan ganggu tugas saya kerana saya sendiri tidak pernah untuk mengganggu tugas anda! Untuk pendidik itu, 'belajarlah cara menghormati orang lain sebelum mahu orang lain menghormati anda. Jangan cepat nak melenting, bersabarlah kerana sabar itu separuh dari iman, saya rasa anda lebih tahu,sebab itu anda menjadi 'pendidik'. Saya tak mahu melihat guru kencing berdiri,murid kencing berlari.Buruk benor tu yop..Last, but not least, tak ada istilah 'lebih kurang la' dalam saya menjalankan tugas.
   
   Senyumlah sikit,bukan kena bayar pun...
      

MY FIRST POSTING ON MY SECOND BLOG

Salam semua, pertama kalinya saya nak mohon maaf la sebab untuk blog yang pertama tu, saya dah lupa kata laluannya. Jadi untuk blog yang kedua ni, harap - harapnya tak lupa lagi. Semoga ia akan kekal selamanya sebagai platform untuk saya menulis, meluahkan dan menyampaikan apa - apa jua isu, sama ada berkaitan agama, bangsa dan negara. Insyaallah. saya akan lebih bertanggungjawab untuk semua tulisan saya nanti kerana saya percaya bahawa setiap apa yang kita lakukan di dunia ini pasti akan disoal di akhirat kelak , lambat atau cepat bukanlah saya yang akan menentukannya nanti. Cukup sampai di sini dulu, saya akan menulis lagi.. dan macam biasa, lambat atau cepat, bukan saya yang akan menentukan...