As Salam
1. Hari ini belek - belek akhbar dan saya tertarik dengan berita di bawah ni. Saya tak berminat untuk memberi komen dengan lebih lanjut kerana saya percaya semua rakyat sekarang sudah matang untuk menilai mana yang baik mahupun buruk.Marilah kita sama - sama fikirkan.....
Hanya bina dua masjid dalam masa 20 tahun
KUALA KRAU 27 Feb. - Kerajaan Pas Kelantan hanya membina dua masjid sepanjang 20 tahun memerintah negeri itu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.Menurut Perdana Menteri, kebanyakan masjid yang ada di Kelantan ketika ini dibina oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) meskipun BN tidak memerintah negeri itu.
Kerana itu, kata beliau, rakyat tidak seharusnya melihat hanya Pas memperjuangkan agama disebabkan oleh slogan parti tersebut yang berbaur Islam seperti 'Membangun Bersama Islam' dan 'Negeri Serambi Mekah'.
Katanya, umat Islam juga tidak boleh mengukur keIslaman hanya menerusi penampilan seperti berjanggut, berserban dan berjubah kerana Islam yang diperjuangkan oleh BN lebih kepada dasar dan pengisiannya.
"Tentu sekali BN terutama UMNO juga mahukan Islam tetapi perlu dilihat Islam yang bagaimana.
"Kita tidak mahu Islam yang dikaitkan dengan kemiskinan apatah lagi papa kedana dan lemah sehingga tiada kekuatan dari sudut keilmuan," katanya ketika berucap pada majlis bertemu dengan penduduk Kampung Batu Sawar di Sekolah Kebangsaan Batu Sawar, Kuala Krau di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan; dan calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad.
Najib menambah, oleh kerana kekuatan Islam di negara ini juga kerajaan BN dapat menguruskan dengan lancar penghantaran pulang pelajar-pelajar dari Mesir ketika berlakunya konflik politik di negara itu baru-baru ini.
Operasi menyelamat itu, kata beliau, tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan mudah sekiranya kerajaan BN lemah dan tiada hubungan yang baik dengan negara tersebut.
Najib sekali lagi mengingatkan bahawa dalam operasi menyelamat rakyat Malaysia itu, kerajaan tidak memilih bulu sama ada mereka ahli keluarga penyokong Pas atau BN sebaliknya dilakukan atas tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan terhadap rakyatnya.
"Asalkan mereka warganegara Malaysia, kita selamatkan dan membawa mereka pulang. Tidak dapat undi pun tidak mengapa, dapat pahala pun sudah cukup," kata beliau.
No comments:
Post a Comment